Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Monday, November 15, 2010

Komen Pertandingan Dalam PKR Bah. 2

Merujuk kepada catitan saya yang lalu berkenaan pertandingan dalam PKR bahagian 1 di sini.

Sekali lagi bukan saya hendak menyibuk kepada PKR, tetapi sekadar tambahan pandangan. Saya melihat kaedah yang diperkenalkan oleh PKR ini adalah kaedah baru yang amat terbuka untuk di amalkan. Saya setuju kaedah pemilihan seperti ini mencabar memandangkan PKR adalah parti yang sangat muda. Selain itu ianya adalah jelas terus kepada akar umbi, bagaimanapun tempoh masa perlaksanaanya di lakukan ketika hampir PRU ke-13.

Itu mungkin merisaukan akar umbi Pakatan Rakyat keseluruhannya. Kita sudah dapat membayangkan apa yang akan berlaku, siapa akan diganggu, dan siapa yang bakal menganggu. Kesempatan ini digunakan oleh agen-agen BN untuk merobek PKR yang dipimpin oleh Ketua Umumnya DSAI.

Manusia bernama DSAI ini saya percaya tidak akan letih berjuang untuk mengotakan apa yang dijanjikannya. Suara-suara bukan orang PKR dan bekas PKR yang menyatakan Anwar ini menipu dan sebagainya adalah suara sumbang. Saya besyukur peristiwa 9 September tidak menjadi kenyataan kerana kini orang-orang yang bising seperti Zahrain, Zul Kulim dan ramai lagi begitu dengan terharunya untuk membantu Umno yang dah nak nazak dengan melemparkan talian hayat untuk Umno. Mereka ini jika berlaku peristiwa 9 Sept saya percaya DSAI yang mempercayai mereka sebelum ini akan mencadangkan nama mereka-mereka ini sebagai Menteri Pusat. Bayangkan Zul Kulim jadi Menteri atau Zahrain jadi menteri, atau ramai lagi mat dan minah lompat jadi menteri, hancurlah PR yang akan jadi kerajaan lebih teruk dari BN.

Jadi tidak hairanlah, mereka yang sebenarnya menipu rakyat. Penipu-penipu ini selayaknya keluar dari Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku kepada Datuk Zaid sebenarnya dilakukan oleh dirinya sendiri. Masing-masing saya lihat ada kaedah kempennya, saya percaya jika semua yang bertanding ikhlas mereka boleh duduk bersama-sama memimpin Malaysia pada masa akan datang. Saya lihat pertandingan Timb Presiden PKR ini tidak lah sehebat pertandingan antara Obama dan Hillary satu ketika dahulu. Namun atas dasar parti yang sama kini mereka boleh duduk bersama memimpin Amerika Syarikat. Jika prinsip demokrasi ingin dibawa pertandingan perlu berlaku tetapi yang paling penting idealisma, karisma dan profesionalisma. Diharap Azmin dan Mustafa teruskan pertandingan dengan sihat. Kepada PKR selamat maju jaya semoga anda perbaiki kelemahan yang terdapat di dalam parti anda.

Saya mohon maaf sebagai orang luar PKR saya dengar kata orang diluar cerita berkenaan Datuk Zaid sepatutnya bertanding AJK Pusat atau Naib Presiden terlebih dahulu, bina Idealisma Datuk dalam PKR sebelum bertanding menjadi Timb Presiden, saya tahu ianya dibuka kepada semua. Tapi benar kata ramai di luar, perjuangan bukan untuk tempoh sehari tapi panjang dan lama. Datuk masih baru di dalam PKR walaupun lama dalam Umno. Ramai yang benar-benar reformis asal penubuhan Keadalian @ kini PKR ingin benar tahu idealisma Datuk dalam parti muda ini, sekurang-kurangnya kemampuan Datuk dalam sepenggal (4 - 5 tahun) musim pilihanraya.

Kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat, elakkan dari temubual ekslusif dari akhbar milik Umno atau BN seperti NST atau Media Prima, Utusan, The Star dan lain-lain yang jelas milik Umno dan BN. Dari akar umbi yang seperti kami ini mudah sahaja kesimpulan, pengkhianat kepimpinan PR selalunya di temubual secara ekslusif dan mendapat liputan putar alam mereka dari laporan tersebut. Jadi awas, mungkin rakyat yang berjaya dibodohkan sahaja yang percaya tapi ramai lagi yang bijak tidak mampu dibodohkan.

Thursday, November 11, 2010

TV3 kononnya nak tanya banjir Kedah

Merujuk kepada soalan wartawan yang tidak dihiraukan oleh YAB MB Kedah yang disiarkan di Buletin Utama tadi dah lama dah banjir baru terhegeh hegeh jumpa MB tanya hal ni


Sudah berminggu YAB MB Kedah ke hulu hilir tanpa dipedulikan media arus perdana, beliau tidak kisah malah kemudian beliau dipinggirkan pula oleh YAB TPM ditambah dengan pelbagai tuduhan, petang tadi kononnya baru terhegeh-hegeh nak tanya berkenaan banjir kat beliau. Terutama TV3, RTM dan NST.


Kita tahu YAB MB tentu berkecil hati dengan tindakan YAB TPM dan media arus perdana. Beliau jika diikutkan disebalik ketegasannya beliau antara MB PR yang berlembut dengan Pusat.

Malangnya beliau diperlakukan dan diperlehkan. Ust Azizan adalah antara ADUN senior dan berpengalaman malah sangat profesional. Kedudukannya sebagai MB Kedah tidak sedikit pon digunakan untuk kepentingan dirinya atau pun Parti. Sepenuh keringatnya ditumpahkan untuk rakyat Kedah. Jika beliau ini jenis berkepentingan itu lainlah, bukan sedikit jasanya kepada Kedah meskipun beliau hanyalah ADUN biasa dan Ketua Pembangkang satu ketika dahulu.

Beliau menghormati semua pihak dari dulu sehingga kini, malangnya TPM datang kenegeri Kedah langsung tidak menghormati Kerajaan Negeri, saya kira YB Datuk Mukhriz yang jauh lebih muda jauh lebih beradab dari YAB TPM yang tidak layak dipanggil Amat Berhormat. Jika saya berasal dari Johor saya sudah tentu malu mengaku TPM ini adalah orang Melayu Johor, takkanlah orang Johor terlalu kurang ajar? Disebabkan RTM dan TV3 menyokong tindakan kurang ajar TPM itu maka wajarlah mereka ditegur sebegitu rupa oleh YAB MB Kedah.

Kepada YAB PM dan Ulamak Muda Umno tegurlah TPM tersebut, suka hati lah nak secara bertulis ke, sir ke apa ke, bak kata orang Kedah, 'hang salah mai lah pi mintak maaf. Jangan dok sombong, tinggi mana hang nak mendongak ke langit no".

Seperti mana biasa media arus perdana ni adalah suara penghasut....agen penghasut dan pemfitnah nombor 1.


Wednesday, November 10, 2010

Pembohongan : Muhyiddin Politikkan Isu Banjir

Cuba rujuk fitnah UBN melalui Timb Presiden Umno aka Timb. Perdana Menteri di akhbar rasmi Umno ini, klik di sini.

Fitnah yang dahsyat tersebut di jawab dengan berhemah oleh YAB MB Kedah, ianya boleh dirujuk di banyak blog PR termasuk di blog YB Khalil Idham Lim sila klik di sini.

Adakah Politik fitnah diamalkan oleh Umno ini diredhai oleh Ulamak Muda Umno. Fitnah yang dahsyat ini melihatkan kebodohan mereka.

Tuesday, October 26, 2010

Halal dan Industri Berkaitannya Di Ketepikan??

Tahun lepas ketika Belanjawan 2010 dibentangkan saya masih ingat antara sasaran Kerajaan adalah untuk mempertingkatkan Industri Halal. Ianya akan diperkuatkan dengan langkah melaksanakan Akta Halal untuk mempermudahkan urusan JAKIM dan JAIN dalam menguatkuasakan isu berkaitan Halal. Secara tidak langsung ianya juga akan menggalakkan industri dengan sokongan dari beberapa agensi kerajaan.

Malangnya sehingga hari ini, pada waktu ini Parlimen sedang membahaskan Belanjawan 2011 dan hasil 2010 untuk mewujudkan akta Halal masih lagi tiada bunyi. Yang menyedihkan yang Halal diketepikan yang Haram di galakkan. Fesyen Islamic yang ternyata bercanggah, kedengaran pula mahu mewujudkan Hub Hiburan dan selepas ini apa lagi?

Halal ini hanya berbunyi ketika era Pak Lah dan setahun selepas DSNR jadi PM. Selepas itu diketepikan, sedangkan negara kita mempunyai pengetahuan dan kepakaran sekalipun tiada sumber "raw material" yang besar. Pengetahuan lebih banyak mendatangkan manfaat dari segi ekonomi jika kerajaan bijak. Bagaimana Malaysia satu ketika dahulu sebuah Negara yang berpengetahuan menjadi pendahulu kepada kewangan Islam, tapi kerana banyak sangat campur tangan politik, Malaysia kini tertinggal kebelakang dan sejak tahun 2000 memang Malaysia antara yang terkebelakang berbanding negara lain yang kini menjadi pendahulu sedangkan awalnya mereka ini hanya meniru.

Adakah kita mahu pisang berbuah dua kali? Industri Halal ketika era Pak Lah tidak dirancang dengan betul, bagaimanapun ianya di sokong. Ketika ini adalah masa untuk menstrukturkan dan memperkukuhkan Malaysia sebagai Hub Halal untuk semua sektor.

Untuk makluman semua pihak yang saya lihat kini semakin jauh melupakan hal berkenaan logo Halal, kerajaan hanya mengiktiraf logo Halal JAKIM sahaja yang dikeluarkan oleh JAKIM, JAIN dan satu ketika dahulu oleh HIDC sahaja. Logonya adalah seperti ini :

Dan ini pula sebenarnya tidak diiktiraf :
Malangnya ada sahabat keliru dengan logo-logo ini, maka saya nasihatkan sila teliti logo berkenaan. Jangan main redah sahaja.. Perkara ini telah lama saya ikuti, beberapa tahun yang lalu saya juga keliru, maka kesempatan yang ada ketika MIHAS saya gunakan untuk jumpa pihak seperti JAKIM, SIRIM, HIDC dan sebagainya.

Saya mohon mereka untuk mengharamkan logo, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kecuali hanya dengan tidak mengiktiraf. Saya faham kerana banyak terlibat dalam urusan "consultation" kepada badan-badan kerajaan. Mereka ini tidak mampu berbuat apa-apa yang lebih tegas kerana tidak diperkuatkan dengan akta. Tanpa akta badan-badan kerajaan ini berisiko untuk disaman balas. Fungsi yang jelas adalah kepada pihak seperti Perdana Menteri dan Menteri-menteri. Akta BPR kepada SPRM sepantas kilat boleh lulus, takkanlah akta Halal yang dah bertahun dibahas dipelbagai seminar tidak mampu nak buat.

Yang paling ajaib, penubuhan HIDC belum sepenuhnya digunakan untuk meningkatkan industri Halal telah dicemarkan dengan Laporan Juru Audit Negara seperti tersiar di akhbar The Sun

"uditor-General's Report 2009: HDC pays out RM1.69m to consultant without proper contract

newsdesk@thesundaily.com

KUALA LUMPUR (Oct 26, 2010): The Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) did not have proper documentations for rebranding works and expenditures for its World Halal Forum (WHF).

The international event, was the annual agenda of KasehDia Sdn Bhd, the consultant and advertising company which published the Halal Journal.

It had asked HDC to host the WHF and sponsor RM500,000 in January 2007.

However, the audit findings showed that there was no formal agreement signed between HDC and KasehDia regarding the sponsorship but only conditions laid out by the Board of Directors.

The audit also found that the miscellaneous fees of RM1.15 million paid to KasehDia in 2007 and 2008 did not have a strong basis as there were no details of the expenditures provided.

According to KasehDia’s brief expenditure report, the payment was used the advertising and promotional activities for WHF, Public Relations Campaign, promotional trips to overseas, television and documentary participation programmes.

HDC also did not state the specific terms and conditions regarding WHF’s expenditure proper especially for the overseas promotional trips like daily allowances, phone allowances, the number of participants and the number of days."......sambungan

Inilah dia kaitan antara KJ dan HIDC, seperti sedia maklum Kasehdia adalah proksi kepada KJ dan Anak Pak Lah, darimana mereka dapat sumber kewangan. Rupanya menggunakan Halal untuk membuat perkara yang Haxxx?

Dalam blog saya ini pernah saya bersua dengan pegawai-pegawai HIDC untuk bertanya berkenaan kaitan antara HIDC dan Kasehdia anda boleh rujuk disini. Saya bentangkan di bawah topik

Halal, Kelihatan Kerajaan Semakin Tidak Bijak (Siri 1)


Nasihat saya kepada rakyat tukarlah kerajaan yang sedia ada bila berpeluang setiap yang mereka lakukan adalah kononnya membantu negara dan rakyat, tetapi dibelakangnya ada niat yang tidak baik. Kerajaan yang ada kini langsung tidak peka dan tidak mampu memerintah lagi.

Wednesday, October 20, 2010

Inikah Fensyen Islam? Nauzubillah

Saya akui baru sedar akan perkara ini, yang menyedihkan ianya telah berlangsung 2 tahun, saya salin dan tampal url dari laman Baginda Reformasi. Sila rujuk link ini.

Apa kejadahnya perlakuan sebegini rupa isteri Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri mengikuti acara yang menghina Islam ini. Kenapa perlu anjur atau ikuti program yang sebegini memalukan umat Islam.

Apa agaknya yang mereka faham dalam kepala mereka ini berkenaan Islam? Adakah hanya nama? adakah dengan tulisan arab?

Mana dia ulamak muda UMNO? tolong lah nasihat ketua kamu ini. Inikah halal ala UMNO

Kredit kepada Laman Baginda Reformasi

Monday, October 18, 2010

Rintihan rakan-rakan penjawat awam

Minggu lepas selesai pembentangan Belanjawan, PM tidak mengumumkan sebarang bentuk bonus kecuali imbuhan. Saya ada banyak komen berkenaan belanjawan kali ini, bagaimanapun tidak larat nak tulis sebab terlalu banyak kepincangan.

Selama dua hari kesemmpatan yang ada di tanah air sebelum terpaksa bertugas di luar negara miggu ini, telah saya gunakan untuk bertemu rakan-rakan. Keluh kesah rintihan mereka menyatakan bahawa harapan untuk mendapat bonus tidak kesampaian. Tidak silap saya PM ada menyebut implikasi kewangan yang tinggi melebihi perbelanjaan RM1.2 billion bagi pemberian bonus satu bulan gaji. Oleh yang demikian imbuhan RM500 diberi, setelah imbuhan awal sebelum Raya RM500 menjadikan jumlah sebenar adalah RM1000.

Pada pendapat saya, jika kerajaan tidak mampu untuk memberi sebulan bonus, apa salahnya dengan setengah bulan bonus dan minimum RM1000 kepada mereka yang gaji dibawah RM1000. Perbelanjaan tersebut bertujuan untuk memberi sedikit galakan kepada penjawat awam, bukan itu sahaja kebanyakan penjawat awam terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk naik pangkat, belum cukup dengan penilaian tahunan peperiksaan PTK dan sebagainya. Sebahagian besar mereka juga masih di gred yang lama contohnya gred 41 sedangkan telah berkhidmat hampir 10tahun. Semakin bertambah lah jurang antara pegawai PTD dan bukan PTD. Saya tidak menyalahkan PTD tetapi saya menyalahkan sistem. Saya ada begitu ramai rakan yang bekerja Kerajaan, dan ini sangat jelas sistem tidak membantu mereka. Ungkapan seperti "kau PTD tak apalah sama servis dengan aku tapi sekarang dah Gred 48, aku ni masih Gred 41 PTK dah aras 4 alasan tiada kekosongan".

Berilah satu sistem yang adil kepada penjawat awam, jika masih tidak mampu berlaku adil kepada sistem, berilah imbuhan berupa bonus 1/2 bulan pon saya kira sudah memadai jika terpaksa juga kerajaan menanggung pembanggunan Permata yang "dilihat sangat penting" oleh PM dan isteri beliau. Bagaimana kerajaan hendak meneruskan projek Talent Corp jika sistem penjawat awam juga masih terlalu banyak lompongan.

Thursday, September 30, 2010

Proton: Model Gantian Waja, Sekadar Pandangan

sejak akhir-akhir ini blog, forum, malah media elektronik tidak ketinggalan menceritakan berkenaan model baru Proton iaitu gantian Waja.

Tidak perlu saya sibuk bincangkan lagi di sini kerana ianya telah jelas di ambil dari mana, kerana telah jelas bersuluh ianya datang dari model Mitsubishi Lancer. Kerana apakah Proton tidak meneruskan legasi asalnya sejak kemunculan Waja? di mana sedikit demi sedikit Proton mengeluarkan model kereta dari lakaran hinggalah mampu berjalan di jalanraya. Model yang terbaru adalah Exora, mpv 7 tempat duduk rekaan anak tempatan, menggunakan enjin yang juga dicipta oleh anak tempatan.

Hakikat yang perlu diterima oleh semua industri automotif kini serba kompetitif, model baru perlu dihasilkan kurang dari 10 tahun bagi satu satu model. Ditambah pula pasaran kini semakin terbuka, lindung melindung, payung mamayung sesuatu industri itu tidak boleh lagi dijadikan amalan kerana ia akan merosakkan lain-lain industri yang perllu bersaing di luar.

Walaupun saya sedar kerajaan masih menggunakan sedikit ruang untuk melindungi Proton, sepatutnya sudah tidak perlu. Bagaimanapun dalam situasi sekarang ianya masih perlu biarpon sedikit kerana kepimpinan baru Proton yang kini diketuai oleh gandingan automotif Dato' Nadzmi dan Datuk Syed Zainal tidak perlu dihukum akibat kecuaian kerajaan dikala melantik Tengku Mahalel sebagai CEO Proton.

Mungkin ramai tidak sedar, tapi hakikat yang nyata kini kuasa automotif sudah semakin kecil, gergasi automotif seperti General Motors dan Ford juga sudah tidak mampu menjaga syarikat-syarikat kecil yang lain. Yang terbaru adalah Volvo, kini sudah diserahkan kepada sebuah syarikat di China. Kereta Mini yang dahulunya dibanggai oleh orang Inggeris kini sudah menjadi milik BMW. Perkongsian teknologi amat diperlukan ketika ini bagi mengekalkan jangka hayat sesebuah industri automotif.

Langkah Proton untuk bergerak bersama kembali dengan Mitsubishi adalah langkah bijak, Mitsubishi juga sebenarnya menghadapi situasi yang sangat mencabar sejak tidak bersama dengan Proton hampir 10 tahun yang lalu. Mereka nyaris menjadi seperti Nissan yang kini berjaya mendapatkan rakan strategik iaitu Renault walaupun terpaksa berkorban pegangan saham.

Pegangan seperti Renault - Nissan inilah yang saya nampak ditolak oleh kepimpinan Proton untuk menjalin hubungan strategik bersama Volkswagen. Hendak mudah kerja memang benar serahkan sahaja 51% saham Proton, dalam masa yang sama Lotus juga sudah menjadi milik Volkswagen. Dalam masa 2 - 3 tahun hilanglah anak-anak tempatan dari menjadi teraju utama pakar automotif. Barisan jurutera dan pakar RnD Proton termasuk ketua-ketua operasi Proton kini adalah anak tempatan terdiri dari bangsa Melayu Cina dan India. Sebahagian mereka yang telah berjaya juga sudah "di beli" oleh syarikat automotif antarabangsa.

Perjuangan Industri Automotif yang sangat kompetitif ini sangat berkait rapat dengan supply chain dari vendor - pemasangan hinggalah penjualan. Rantaian itu telah mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan kepakaran kepada anak bangsa. jika Thailand berbangga mempunya kilang pemasangan kereta Toyota terbesar di luar Jepun, tetapi berapa ramaikah pakar RnD Toyota dari mereka yang berbangsa Thai? adakah hanya ramai yang pasang atau ramai yang merekacipta? Adakah rakyat Thailand yang menjadi CEO/MD bagi Honda, Toyota, dan Ford. Tidak sama sekali, dengan adanya Proton kita dapat mengetengahkan nama seperti Dato Nadzmi dan Datuk Syed Zainal sebagai peneraju automotif Proton.