Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Wednesday, December 31, 2008

TV3 dan Utusan Malaysia Telah memulakan paluan kempen di pihak BN

Sebagai salah sebuah media arus perdana yang paling tidak bijak didunia, TV3 dan Utusan Malaysia telah memulakan paluan kompang kempen Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Setiap hari kini bermula dengan kenyataan-kenyataan yang menidakkan bahawa rakyat telah bijak. Setiap hari memperbodohkan rakyat dengan mengutarakan prestasi PR di 5 buah negeri seolah-olah tidak baik langsung. Padahal kami sebagai rakyat amat berpuas hati setakat ini jika dibandingkan dengan Barisan Nasional yang mempunyai kuasa 50 tahun.

Saya fikir pada mulanya calon BN di Parlimen Kuala Terengganu orang yang bijak sikit dari pemimpin-pemimpin lama UMNO, tapi rupanya beliau ni jenis tak tahu perkembangan semasa dan lebih tidak bijak. Ada kah patut masih keluar statement "Kerajaan inilah yang telah membina sekolah, hospital dan masjid" Saya fikir mereka ni pergi berjalan keluar negara semata-mata berhibur agaknya. Tidak perasankah di Australia pon kerajaan bina Masjid, kerajaan komunis pon buat sekolah, Israel yang laknat itu pon buat hospital.

Saya menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu bertindak bijaklah dengan memilih calon yang bijak. Tidak perlulah memilih calon BN yang masih tidak sedar momentum rakyat. Sekian dahulu sambung lagi kemudian :)... TAKBIR!!!

Monday, December 29, 2008

Kempen Menghijaukan Blog

Sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, topimerah menyambut kempen dengan menukar sementara warna blog dari merah kepada hijau. Hari ini bermula blog Sitopimerah berwarna hijau

Thursday, December 18, 2008

Perdana V6, Toyota Camry, Mercedes Benz

Isu ini bermula degan Kerajaan Terengganu kemudian kenyataan Kerajaan Pahang seterusnya Kerajaan Perak pula.

Saya ingin mengulas berkenaan Perdana V6. Pendapat saya adalah berdasarkan pengalaman membuat ujipandu kenderaan Perdana keluaran 1995 sehinggalah Perdana V6 Terkini. Pada hemat saya Perdana V6 antara salah satu kenderaan yang selesa untuk dipandu dan kos penyelenggaraannya tidaklah begitu tinggi, jika dijaga dengan rapi. Bagaimanapun Perdana V6 yang menjadi isu ini adalah model Perdana V6 Eksekutif.

Ianya mempunyai jarak roda yang lebih jauh, membawa kepada ruang kaki yang selesa bagi penumpang belakang untuk membaca atau menggunakan laptop. Secara keseluruhan pendapat saya ialah Perdana V6 Eksekutif agak berat membawa chasis yang agak besar. Ianya akan menyebabkan setiap bahagian enjin bekerja keras untuk membawa keseluruhan kereta ini. Model Perdana V6 biasa yang dijaga dan diservis mengikut jadual mampu bertahan sehingga tujuh tahun (rakan saya ada mnggunakannya), tetapi bagi model Perdana V6 Eksekutif yang berlaku sedikit penipuan dalam penyelenggaraan akan mempunyai kesan yang amat ketara.

Selain itu bahagian dalamannya tidak lah terlalu usang atau teruk, bagaimanapun jika dibandingkan dengan Proton Chansellor jauh lebih baik Proton Chansellor. Kenapa Chansellor tidak mendapat perhatian?

Pengalaman ketika membuat ujipandu bersama rakan untuk pemilihan kenderaan pegawai tertinggi tahun lepas Proton Chansellor mempunyai ruang dalaman yang lebih kemas serta lebih selesa. Selain itu kawalannya jauh lebih baik daripada Perdana V6. Tetapi bentuknya adalah kembar kepada Waja menyebabkan bos bos tak mau. Bagaimapaun isu yang sama adalah enjin. Enjin 2.0 L dengan 140 kuasa kuda tidak berapa selesa untuk perjalanan yang jauh bagi kenderaan Perdana v6 Eksekutif ataupun Proton Chansellor.

Mengikut maklumat yang diterima Proton sedang mengusahakan Projek Perdana Waja Replacement Model. Saya kira Kerajaan negeri perlu mendapatkan feed back dari Proton sebenar-benarnya sebelum menggantikannya. Sekiranya penghujung 2009 saya kira Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk membeli pada tahun 2010 kenderaan rasmi tersebut. Selain itu semua kenderaan Proton sepatutnya di selenggara oleh Proton Edar dan bukan sebarangan. Serta Proton sepatutnya menyediakan Pusat Kecemerlangan Proton di setiap negeri, apa yang menyedihkan di Tanjung Malim pon tidak ada Pusat Kecemerlangan Proton.

Harga Minyak sudah memadai

Sebagai rakyat saya fikir sudah memadai Kerajaan menurunkan minyak. Sepetutnya lebih banyak benda berfaedah diambil kira sebagai contoh memberikan subsidi minyak kepada nelayan.

Bagi menampung minyak RM1.90 sudah memadai, kerajaan menurunkan lagi RM1.80 baru-baru ini, sedangkan impak yang perlu difikirkan sekarang mengurangkan harga barang makanan yang mana semua rakyat terlibat. Jika subsidi minyak nelayan dapat diturunkan lagi itu lebih saya setuju. Kemudian harga makanan laut sepatutnya boleh diturunkan sejurus selepas itu.

Kenyataan keras kepala bahawa kerajaan tidak akan menurunkan lagi subsidi minyak untuk nelayan adalah tidak munasabah sama sekali. Melalui penjimatan subsidi yan dijaja sana sini saya tidak nampak dimana penjimatannya. Sekadar turunkan harga minyak apakah perancangan rapi kerajaan? adakah perancangannya naikkan minyak apabila harga minyak dunia naik semula? Adakah masa itulah baru terkebil-kebil buat keputusan tak masuk akal?

Hakikat yang perlu diketahui pemimpin Kerajaan Barisan Nasional sudah tidak mampu lagi untuk memerintah. Dalam kepala mereka sibuk untuk bertanding pemilihan UMNO, melobi perwakilan, syarikat2 milik perwakilan serta tumpuan terbaru adalah Kuala Terengganu. Hanya fikir untuk menang dan kemudian belanja yang bukan-bukan. Kepentingan rakyat hanya lakonan semata-mata. Jika tidak mana mungkin RM27k sehari habis dibelanjakan untuk rumah PM dan TPM amat tidak masuk akal. Satulagi projek Kerajaan Zalim..

Wednesday, November 26, 2008

Menghadkan Penjualan dan Mengharamkan Penjualan adalah perkara berbeza

Arak adalah haram untuk dihidang, dibuat, diminum oleh orang Islam. Urusan agama seperti ini adalah untuk orang Islam sahaja. Oleh yang demikian semua pihak harus sedar tanggugjawab PAS bukan lah untuk menyatakan kebongkakan tapi adalah tanggungjawab.
Menghadkan penjualan itu difahami, jika tidak memang tiada bezanya BN dan PR. Ini yang perlu dijelaskan, bagaimana mungkin orang beragama Islam bekerja di Seven Eleven terpaksa menjual arak. Jika restoran bukan Islam yang mana pekerjanya adalah bukan Islam tidak ada masalah hendak menjual. Tapi di pasaraya kecil dan besar ini semua perlu di jaga. Kerana PR memegang prinsip akauntabiliti, amanah dan berintegriti.
Akauntabiliti itu merangkumi perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara termasuk Islam sebagai agama rasmi. Bagaimana negara yang agama rasmi Islam tidak ada akauntabiliti terhadap agama rasmi rakyatnya? Saya berharap seluruh pimpinan PR terdiri dari komponen PAS PKR dan DAP bersama-sama melaksanakan amanah ini. UMNO dan BN telah nyata gagal mereka tidak ada akauntabiliti, tidak amanah, apatah lagi integriti jauh sekali.
Bagaimanapun kaedah perlaksanaan juga perlu dilaksanakan langkah demi langkah, perlu diingat pengharaman minum dan jual hanya kepada orang Islam. Orang bukan Islam tidak ada halangan, nak jual nak minum sebanyak mana pun terpulanglah Islam tidak halang langsung.

Monday, November 24, 2008

Wanita UMNO Panas Juga

Sebenarnya saya kurang berminat hendak mengambil tahu hal ehwal pemilihan Wanita UMNO yang pada pendapat saya tidak terlalu penting untuk negara cuma penting untuk parti UMNO. Berbanding pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden yang mana boleh menentukan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia, pemilihan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita tidak lah menjejaskan apa2 dalam Kerajaan.
Bagaimanapun dua hari lepas saya telah dijemput oleh pensyarah subjek ekonomi ketika di universiti dahulu untuk datang kenduri "cukur jambul" cucu sulung beliau (walaupun saya jurusan Sains Komputer tapi kami agak rapat). Selepas kenduri kami rancak berbual, dan akhirnya beliau mengigatkan saya kisah mendapatkan sumbangan daripada YB YB di lobi parlimen. Ini adalah kisah benar
Kisahnya berlaku pada tahun 1999, yang mana kami akan menganjurkan program Bakti Siswa pada penghujung semester panjang. Bagaimanapun kami menghadapi kekangan kewangan disebabkan program tersebut di jalankan di utara, sementara belanjawan yang diluluskan amatlah terhad. Maka kami bercadang untuk mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak, saya dan seorang lagi rakan dikehendaki pergi ke lobi parlimen untuk cuba meminta bantuan daripada YB YB. Sasaran kami adalah menteri kabinet kerana ada kemungkinan untuk mendapat sedikit sumbangan Kementerian (beranganlah ni).
Antara yang kami jumpa adalah ahli Parlimen PAS yang mana Bakti Siswa tersebut akan berlangsung Parlimen beliau cuma di DUN UMNO. Tapi beliau tetap memberi sumbangan dan menasihatkan kami agar pergi berjumpa JKKK kawasan tersebut bagi memudahkan proses mendapatkan keluarga angkat dsb. Kemudian kami terserempak dengan YB Rafidah Aziz, kami menegur dan memberi salam, gayanya kelihatan agak menakutkan bagi kami. Beliau menjawab salam dan bertanya kenapa ni? saya memberi sedikit maklumat kepada beliau, dan beliau dengan tegasnya berkata you tak boleh minta sedekah macam ni, macam mana polis bagi you masuk ni. Kalau nak apa2 jumpa I di pejabat, kawasan yang you nak buat tu kawasan pembangkang macam mana I nak tolong tapi tengoklah macam mana. Kemudian beliau meninggalkan kami, terkejut sungguh.
Dalam keadaan terkejut dan tergamam (maklumlah baru tahun satu... dalam hati memang senior dengan lecturer aku ni nak pekena kat aku nih) kami ditegur oleh seorang YB, beliau memberi salam lagilah terkejut YB Menteri beri salam. Dari mana adik-adik ni datang? rileks kenapa pucat? rupa-rupanya beliau perasan muka kami. Kami perkenalkan diri dan menerangkan hasrat kami. Beliau pon faham dan terus menghulurkan beberapa keping wang RM50 kepada kami dan memberi kad beliau kepada kami. Nanti contact no. pejabat saya bercakap dengan setiausaha sulit saya. Nanti kita jumpa di pejabat untuk bincang apa lagi kami boleh bantu. Gembiranya hati kami apabila beliau sanggup untuk memberi bantuan melalui Kementeriannya. Menteri ini adalah YB Shahrizat Jalil.
Lecurer saya bertanya saya tahu kamu bukan penyokong UMNO tapi kalau kamulah mana yang lebih baik pada fikiran kamu. Saya kata Doc sendiri tahu rasanya siapa, cuma saya berkata pada beliau kan lebih baik kalau YB Sharizat dan Doc join masuk muslimat PAS, sebab di PAS tidak berlaku perkara yang berlaku sekarang di UMNO. Beliau terdiam :)

Sunday, November 16, 2008

Serap pekerja berstatus kontrak

Cuepacs mencadangkan agar kakitangan kontrak sektor awam diserap kedalam perkhidmatan tetap. Tidak silap saya ada beberapa kategori kakitangan kontrak, ada disebabkan sudah bersara disambung kontrak mereka, ada juga disebabkan lantikan politik seperti setiausaha politik menteri dsb, selain itu terdapat juga agensi kerajaan yang memang tiada lantikan tetap dan agensi tersebut juga diwujudkan kerana politik maka lantikan kontrak wujud pada agensi tersebut, ada juga disebabkan masalah birokrasi lantikan SPA atau beberapa agensi menyebabkan lantikan segera diperlukan kerana "workload" telah mencapai tahap maksimum maka penyelesaian mudah adalah lantikan kontrak.
Saya fikir isu yang diutarakan adalah lebih kepada lantikan pegawai kontrak seperti ini. Maka saya kira kiraan jumlah sebenar kakitangan kontrak perlu di saring sebelum dihebahkan.
Balik semula kepada lantikan kontrak kerana "workload" Mereka dilantik bagi memenuhi hasrat ketua jabatan bagi menjalankan fungsi jabatan mereka seberapa segera yang boleh. Lantikan tetap disektor awam selalunya mempunyai prosedur yang panjang disamping syarat-syarat yang "kelihatan" agak ketat sebagai contoh pencapaian SPM di tahap tertentu atau pencapaian CGPA di tahap tertentu. Bagi mereka yang mana pencapaian dibawah tahap yang ditetapkan maka permohonan mereka ditolak serta merta dari sistem.
Bagaimanapun sudah menjadi sistem dalam sektor awam dimana kompetensi sesuatu agensi itu tidak dikira dengan wajar atau adil. Sistem yang terlalu terbuka untuk satu jenis perjawatan manakala banyak lagi jawatan terlalu tertutup sehingga menyukarkan proses kompentensi agensi dan pegawai itu. Oleh demikian sistem perjawatan itu perlu di sempurnakan semula. Saya tinggalkan isu ini kemudian untuk diulas dilain masa.
Berbalik kepada lantikan kontrak sektor awam untuk diserap, saya mencadangkan kakitangan kontrak ini:
1) Diberi tambahan 1 - 3 peratus sumbangan kerajaan (majikan) di dalam KWSP mereka. Ini supaya semua penjawat awam kontrak terbela kebajikan mereka terutama ketika mereka mencapai umur persaraan kelak.
2) Pampasan mereka diberi berdasarkan bulan perkhidmatan dan bukan tahun perkhidmatan. ini supaya memberi peluang kakitangan kontrak ini sekiranya mereka dikehendaki menamatkan perkhidmatan mereka. Ketika ini berdasarkan kepada pegawai kontrak tersebut hendaklah berhenti mengikut tahun yang telah ditetapkan, jika lebih awal mereka berhenti maka pampasan tidak akan diberi. Ini bertujuan kakitangan kontrak ini bersemangat lagi untuk bekerja, manakala jika mereka hendak berhenti sekalipun mereka tahu sumbangan mereka dihargai dengan pampasan tersebut.
3)Mungkin keputusan CGPA dsb tidak mencapai tahap minimum untuk jawatan tersebut, maka satu penilaian khas melalui formula tertentu sebagai contoh :- peperiksaan khas + penilaian tahunan = 80% ke atas layak dipertimbangkan untuk temuduga di SPA.
Sampai disini dahulu, pendapat saya yang lain mungkin lebih sesuai saya utarakan di topik yang lebih tepat. Melalui kajian rambang yang saya jalankan kemungkinan saya ingin kongsikan kenapa sesetengah "Pegawai Kerajaan atau sesebuah Jabatan Kerajaan kelihatan tidak ada akauntabiliti serta "competitiveness"".