Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Sunday, November 16, 2008

Serap pekerja berstatus kontrak

Cuepacs mencadangkan agar kakitangan kontrak sektor awam diserap kedalam perkhidmatan tetap. Tidak silap saya ada beberapa kategori kakitangan kontrak, ada disebabkan sudah bersara disambung kontrak mereka, ada juga disebabkan lantikan politik seperti setiausaha politik menteri dsb, selain itu terdapat juga agensi kerajaan yang memang tiada lantikan tetap dan agensi tersebut juga diwujudkan kerana politik maka lantikan kontrak wujud pada agensi tersebut, ada juga disebabkan masalah birokrasi lantikan SPA atau beberapa agensi menyebabkan lantikan segera diperlukan kerana "workload" telah mencapai tahap maksimum maka penyelesaian mudah adalah lantikan kontrak.
Saya fikir isu yang diutarakan adalah lebih kepada lantikan pegawai kontrak seperti ini. Maka saya kira kiraan jumlah sebenar kakitangan kontrak perlu di saring sebelum dihebahkan.
Balik semula kepada lantikan kontrak kerana "workload" Mereka dilantik bagi memenuhi hasrat ketua jabatan bagi menjalankan fungsi jabatan mereka seberapa segera yang boleh. Lantikan tetap disektor awam selalunya mempunyai prosedur yang panjang disamping syarat-syarat yang "kelihatan" agak ketat sebagai contoh pencapaian SPM di tahap tertentu atau pencapaian CGPA di tahap tertentu. Bagi mereka yang mana pencapaian dibawah tahap yang ditetapkan maka permohonan mereka ditolak serta merta dari sistem.
Bagaimanapun sudah menjadi sistem dalam sektor awam dimana kompetensi sesuatu agensi itu tidak dikira dengan wajar atau adil. Sistem yang terlalu terbuka untuk satu jenis perjawatan manakala banyak lagi jawatan terlalu tertutup sehingga menyukarkan proses kompentensi agensi dan pegawai itu. Oleh demikian sistem perjawatan itu perlu di sempurnakan semula. Saya tinggalkan isu ini kemudian untuk diulas dilain masa.
Berbalik kepada lantikan kontrak sektor awam untuk diserap, saya mencadangkan kakitangan kontrak ini:
1) Diberi tambahan 1 - 3 peratus sumbangan kerajaan (majikan) di dalam KWSP mereka. Ini supaya semua penjawat awam kontrak terbela kebajikan mereka terutama ketika mereka mencapai umur persaraan kelak.
2) Pampasan mereka diberi berdasarkan bulan perkhidmatan dan bukan tahun perkhidmatan. ini supaya memberi peluang kakitangan kontrak ini sekiranya mereka dikehendaki menamatkan perkhidmatan mereka. Ketika ini berdasarkan kepada pegawai kontrak tersebut hendaklah berhenti mengikut tahun yang telah ditetapkan, jika lebih awal mereka berhenti maka pampasan tidak akan diberi. Ini bertujuan kakitangan kontrak ini bersemangat lagi untuk bekerja, manakala jika mereka hendak berhenti sekalipun mereka tahu sumbangan mereka dihargai dengan pampasan tersebut.
3)Mungkin keputusan CGPA dsb tidak mencapai tahap minimum untuk jawatan tersebut, maka satu penilaian khas melalui formula tertentu sebagai contoh :- peperiksaan khas + penilaian tahunan = 80% ke atas layak dipertimbangkan untuk temuduga di SPA.
Sampai disini dahulu, pendapat saya yang lain mungkin lebih sesuai saya utarakan di topik yang lebih tepat. Melalui kajian rambang yang saya jalankan kemungkinan saya ingin kongsikan kenapa sesetengah "Pegawai Kerajaan atau sesebuah Jabatan Kerajaan kelihatan tidak ada akauntabiliti serta "competitiveness"".

No comments: