Arak adalah haram untuk dihidang, dibuat, diminum oleh orang Islam. Urusan agama seperti ini adalah untuk orang Islam sahaja. Oleh yang demikian semua pihak harus sedar tanggugjawab PAS bukan lah untuk menyatakan kebongkakan tapi adalah tanggungjawab.
Menghadkan penjualan itu difahami, jika tidak memang tiada bezanya BN dan PR. Ini yang perlu dijelaskan, bagaimana mungkin orang beragama Islam bekerja di Seven Eleven terpaksa menjual arak. Jika restoran bukan Islam yang mana pekerjanya adalah bukan Islam tidak ada masalah hendak menjual. Tapi di pasaraya kecil dan besar ini semua perlu di jaga. Kerana PR memegang prinsip akauntabiliti, amanah dan berintegriti.
Akauntabiliti itu merangkumi perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara termasuk Islam sebagai agama rasmi. Bagaimana negara yang agama rasmi Islam tidak ada akauntabiliti terhadap agama rasmi rakyatnya? Saya berharap seluruh pimpinan PR terdiri dari komponen PAS PKR dan DAP bersama-sama melaksanakan amanah ini. UMNO dan BN telah nyata gagal mereka tidak ada akauntabiliti, tidak amanah, apatah lagi integriti jauh sekali.
Bagaimanapun kaedah perlaksanaan juga perlu dilaksanakan langkah demi langkah, perlu diingat pengharaman minum dan jual hanya kepada orang Islam. Orang bukan Islam tidak ada halangan, nak jual nak minum sebanyak mana pun terpulanglah Islam tidak halang langsung.
No comments:
Post a Comment