- Selalunya apabila harga minyak dunia naik maka berbunyilah suara-suara Pak Menteri menyatakan bahawa harga minyak kita lebih rendah daripada Thailand, Singapura dan Indonesia.
- Maka apabila kerajaan mengaut sedikit hasil akibat daripada kekurangan subsidi berbanding sebelum ini maka perkara ini disenyapkan begitu sahaja.
- Jika tidak masa itulah hendak buat kaedah ad-hoc dan tidak masuk. Sekarang ini sibuk hendak menilai semula rebet lah, hedak menafikan subsidi 30sen lah dan sebagainya.
- Tapi apa langkah kawalan yang boleh menunjukkan kerajaan sayang rakyat Malaysia lebih daripada orang asing.
- Saya pernah mencadangkan agar harga minyak bersubsidi dikawal seperti di Brunei, tapi tak perlulah sampai hendak mengisi borang seperti Brunei.
- Kita ada teknologi dan kepakaran, saya merasa tidak rela bila melihat pelajar2 asing, kereta-kereta dari Thailand, Singapura serta Indonesia (di Bintulu) menggunakan subsidi yang kerajaan beri untuk kenderaan mereka.
- Apa salahnya rakyat Malaysia, yang bayar cukai pintu, bayar cukai jalan, bayar cukai pendapatan dan sebagainya bentuk sumbangan hasil kerajaan ini sahaja diberi keistimewaan.
- Selain itu kerajaan juga mempunyai Petronas, melalui pemerhatian saya apabila harga minyak naik stesen-stesen minyak akan mengambil kesempatan menyatakan mnyak mereka habis dan melalui pemerhatian saya Shell, Esso Mobil dan BP yang sering tutup awal, sedangkan Petronas masih ada minyak.
- Mungkin ditempat lain tidak begitu tapi ini mengikut pemerhatian saya sahaja. Oleh yang demikian ketika harga minyak turun mereka ini jugalah yang sering kehabisan minyak kerana tidak mengambil stok baru. Tapi petronas tidak begitu.
- Selain dari menyaman mereka ini, saya cadangkan kita semua memboikot stesen stesen minyak ini. Disini kita dapat lihat tahap kejujuran mereka dalam mematuhi polisi.
- Saya berpendapat kerajaan perlu mengurangkan sedikit rebet kepada RM500 sahaja, menurunkan harga minyak kepada RM2 tidak lebih dan tindak kurang dari itu, serta memberi kupon makanan RM30 sebulan seorang (saudara sebol mencadangkan RM50).
- Mungkin ramai yang kurang bersetuju tapi pendapat saya tanggungjawab lain yang perlu kerajaan laksanakan ialah dengan cuba meningkatkan pendapatan rakyat bukan membeli belah barang yang murah dengan harga yang mahal.
- Kerajaan yang ada jika bertanggungjawab akan membantu rakyat bukan menggunakan wang rakyat untuk bailout kroni.
Untuk menyiram bumi yang tandus, untuk mengekang nafsu yang rakus, untuk melembut hati yang keras, untuk membersih penzalim dan pemeras, untuk membasmi pemandi darah, untuk menahan arak yang tumpah, untuk memberhentikan perjudian memusnah, agar Allah dibesarkan disembah, agar bumi Allah putih bersih dari noda dan darah,
Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
Monday, November 3, 2008
Harga Minyak Kepada Rakyat Malaysia Sahaja... Pak Menteri terlalu lembab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment