Saya sambung sedikit komen saya di blog Ikan Pekasam.. berkenaan cerita Bama dan Mat Kain yang telah mencuit hati saya :)
"Satu teguran yang kritis dan sinis.. Beli helikopter RM1.6 bilion tengok spec dan gambar dalam "tender paper". Kita rakyat ikan bilis ni beli kereta tak sampai RM30k pon punyalah nak test drive ini RM1.6 bilion macam beli alat tulis je. Siapalah yang pangkah depa ni :) "
Mereka ini masih lagi hendak menipu rakyat, jika dirujuk dari Malaysiakini, menyatakan bahawa tuduhan Pakatan Rakyat tidak berasas, serta pemilihan tersebut berdasarkan "prosedur pembelian mengikut tatacara yang ditentukan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa". Ni prosedur apa ni? beli kalkulator ke beli helikopter? Nilainya RM1.60 atau RM1.6 bilion?
Kalau dah begitu teruk prosedurnya, maka adalah wajar prosedur tersebut diubah supaya dapat membezakan antara pembelian kalkulator dan pembelian helikopter. Jangan dibodohkan rakyat dan menjadikan Pegawai Kerajaan sebagai mangsa untuk mencari jalan mewajarkan pembelian tersebut. Apabila prosedur yang secara terang-terangan tidak masuk akal ini dipanggil berasas, ini bermakna mereka telah menambahkan lagi babak kesesatan mereka. Pulanglah ke jalan kebenaran.
Jika beginilah sikap, nilai, dan cara pemikiran pemimpin tertinggi UMNO yang dipilih oleh ahli UMNO. Maka sewajarnya mereka ini hanya menjadi pemimpin UMNO dan bukan pemimpin negara.
No comments:
Post a Comment