Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat

Teruskan Perjuangan bagi Memperluaskan Kerusi Rakyat
PRU-13 "Misi PR KE PUTRAJAYA"

Wednesday, November 12, 2008

"Perubahan di Proton", Apa lagi agenda The Edge Daily?

Apa lagi agenda The Edge Daily terhadap Proton? Setelah mereka antara media yang kerap menjurus kepada kewajaran "menyerahkan" Proton kepada Volkswagen AG.


Datuk Syed Zainal (DSZ) adalah peneraju yang tepat dalam membuatkan Proton berada di landasan yang betul. Sepatutnya telah lama Proton memiliki Pengarah Urusan sepertinya. Beliau telah berjaya mewujudkan model gantian Wira yang sebenar serta model gantian Saga yang terus menjadi kereta mampu milik atau kereta Rakyat.


Saya bukanlah menentang kerjasama strategik antara Proton dan syarikat lain apatah lagi dengan Volkswagen AG. Bagaimanapun menyerahkan majoriti saham kepada syarikat luar negara bakal menghadkan peluang anak Malaysia menjadi peneraju industri automotif di dunia ini. Adakah kita pasti GM, Honda, Toyota, BMW, Mercedes dan ramai lagi akan menjadikan anak Malaysia menjadi peneraju syarikat automotif mereka? Sudah tentu tidak. Walaupun Thai menjadi pusat RnD Toyota adakah rakyat mereka menjadi Ketua Bahagian RnD? adakah berpeluang menjadi COO Toyota?


Masalah kesilapan Proton pada masa lalu adalah dari segi kesungguhan yang kurang serta terlalu bergantung dengan kuasa Politik dalam menentukan dasar pembanggunan vendor serta teknologi mereka. Proton sepatutnya berkedudukan seperti sekarang sejak tahun 1998 yang lalu, iaitu mempunyai rekabentuk sendiri, serta enjin sendiri. Terlalu lama bergantung kepada Mitsubishi telah menjadi duri dalam daging kepada semangat inovatif pasukan kejuruteraan Proton. Bermaksud Proton kini sepatutnya telah menjadi saingat hebat setidak-tidaknya kepada pengeluar kereta Korea dan Jepun.


Kini Proton baru menemui rentaknya dengan sentuhan anak watan iaitu DSZ bersama pasukannya membina Proton dengan visi baru. Oleh itu sentuhan baru ini sepatutnya disokong penuh oleh Kerajaan dan Rakyat Malaysia.


Saya sendiri telah mengalami kekecewaan pada zaman bujang dimana gagal menemui kereta Proton yang dikehendaki kerana Model Wira dan Saga ada sejak saya dibangku sekolah. Rakan-rakan bujang yang membeli pula kecewa dengan kualitinya. Nak beli Waja tidak berkemampuan lagi ketika itu, tapi jika mampu pon mungkin tidak saggup dengan pengalaman menyakitkan hati abang saya tehadap Waja dari bulan pertama pada tahun 2001 sehingga tahun 2005. Maka saya memilih Perodua Kancil walaupun mampu membeli Wira memandangkan masih bujang.


Jika sudah ada saga versi baru sudah tentu saya sudah membelinya ketika itu. Bagaimanapun pada ini atas keyakinan terhadap Proton setelah membeli Proton Waja tahun lepas bulan depan kami mendapatkan Saga sebagai 2nd car. Saya tidak menghadapi masalah menggunakan enjin Campro malah merasakan enjin ini sesuai dengan karakter saya memandu. Waja telah membuatkan saya merasa berbaloi bagi setiap bayaran bulanan, kerana pelan asal untuk mendapatkan Honda City bagaimanapun disebabkan saiz ruang penumpang belakang menyebabkan saya merasakan Waja lebih sesuai dan kesannya bayaran bulanan 9 tahun kepada Honda City dapat dijimatkan kepada 6 tahun sahaja untuk Waja.


Kos penyelenggaraan juga saya kira rendah, disamping keupayaan penyelenggaraan enjin untuk diservis setiap 10,000km menyebabkan kos nya lebih kurang ex-kancil saya.


Kenyataan saya bukanlah untuk kempen Proton, malah saya masih membayar serta servis kereta seperti biasa tanpa dapat apa2 diskaun. Tapi kenyataan ini adalah untuk dikongsi bersama. Dimana saya merasakan Proton sudah mahu berubah, bagaimanapun masih banyak perlu dilakukan. Oleh demikian kempen untuk menyingkirkan / mengenepikan DSZ perlu dibanteras. MPV menjadi projek yang dinantikan walaupun saya masih tidak memerlukan MPV buat masa ini, tapi kehadiran Proton MPV amat perlu bagi merancakkan industri automotif negara.






No comments: