Yang jelas bagi pendapat saya adalah persiapan dan konsistensi dalam membawa isu oleh pimpinan dari peringkat atasan sehinggalah petugas. Kelemahan yang ketara adalah kerana terlalu mengikut rentak UBN. Dari segi semangat dan kerja berpasukan Pakatan Rakyat saya kira tidak dapat dinafikan memang masih utuh tapi bagaimana momentum rakyat dapat diperkukuhkan? kenapa momentum petugas tidak sampai kepada rakyat di Manek Urai?
Isu yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai dikira kukuh, serangan atau propaganda melalui web bagi DUN Manek Urai tidak cukup untuk melawan propaganda RTM dan Media Prima yang sudah diketahui 3-Malaysia (Berat Sebelah, Angkuh dan Zalim). Maka sistem penyampaian perlu dilokalisasikan sewajarnya.
Saya kira adalah wajar post mortem dibuat dari peringkat Kawasan seluruh Malaysia untuk dipertimbangkan ke peringkat Pusat bukan hanya Manek Urai tapi seluruh Malaysia. Pandangan dari kawasan penting kerana isu nasional, negeri dan tempatan perlu mengambil kira pandangan semua ahli. Setiap negeri ada menghantar wakil ke Manek Urai, orang ini kita akan sasarkan untuk berforum sebelum dihantar keputusan post mortem kepada pimpinan Pusat.
No comments:
Post a Comment