Memandangkan saya juga telah 5 tahun menggunakan penapis air yang biasa maka saya pon teringin juga mempunyai penapis air yang boleh minum terus tanpa masak, jimat sikit lah gas dan elektrik. Penapis air versi saya dirumah terdiri dari 2 jenis penapis kasar dan halus yang dipasang diluar rumah, selepas laluan meter air. Kemudian satu lagi menuju kedalam tangki air dan satu lagi jenis penapis satu lapis. Masalahnya setiap 1 hngga 2 bulan nak kena buat maintenance dan kadangkala tak sempat kerana semua sekali ada 4 penapis dan yang tak larat kena panjang tangki. Itu pon nak minum terus memang tak yakin. Kos berganda adalah penapis air yang tak boleh dicuci perlu ditukar.
Kehadiran rakan saya membuat promosi memang kena pada masanya. Panjanglah penerangan beliau, setelah rakan saya selesai bercerita malangnya saya tak jadi beli, pertamanya saya diberitahu yang produk ini mendapat sijil halal. Setelah mengamatinya ianya bukan lah logo halal dari JAKIM atau HDC. Tapi dari salah satu syarikat swasta yang diragui sijilnya. Saya pernah bertanya kepada pegawai HDC tak silap saya 2 bulan lalu ketika menghadiri satu seminar. Memang jelas kerajaan melalui JAKIM atau HDC tidak pernah mengiktiraf logo berkenaan. Di Malaysia hanya logo Halal Malaysia yang kini diproses oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja diiktiraf.
Maka saya mengambil inisiatif dengan melawati salah satu blogger myhalal yang ada search tools disini. Setelah membuat searching, confirm memang Hai-O melalui produk Bio Aura tidak ada rekod dalam sijil Halal Malaysia. Saya tidak kata haram, sebab menurut pegawai HDC yang saya temui semasa MIHAS 2009 tidak bermakna tiada logo Halal Malaysia produk mereka Haram, cuma kita mungkin ragu-ragu. Ia betul dan saya memang ragu-ragu, memandangkan logo yang digunakan adalah logo yang tidak diiktiraf oleh JAKIM. Terima kasih kepada penulis blog myhalal kerana saya membuat carian dan berjumpa pula dengan syarikat IMP Global didalam carian tersebut menemukan produk penapis air yang mendapat pengesahan dan sijil halal JAKIM. Saya google pula dan jumpa penulis blog ini http://halalan-thoiyiban.blogspot.com/2009/06/blog-ini-bakal-menyediakan-platform.html
Ada rupanya syarikat yang menerima sijil Halal dengan penapis air. Saya fikir kalau benar syarikat-syarikat ini ingin berniaga di Malaysia dan ingin produk mereka dibeli oleh Muslim, apa salahnya memohon sijil Halal Malaysia memandangkan ianya diiktiraf oleh JAKIM.
Memandangkan ramai orang Islam terlibat dgn MLM dan jual Bio-Aura ini, serta logo Halal yang digunakan pula tidak diiktiraf maka saya nasihatkan kepada wakil-wakil Hai-O yang terbaca blog saya ni, bagitaulah upline-upline anda serta pengarah syarikat Hai-O mohonlah sijil dengan JAKIM. Jangan dok promosi nak kaya sahaja, promosi mencari yang Halal itu adalah fardhu.
Untuk perhatian sijil yang dikeluarkan oleh syarikat swasta ini tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, sama ada JAKIM, MAIN, JAIN, dan HDC.
No comments:
Post a Comment